KAJANG: Malaysia berpendirian teguh tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas serta terus komited untuk membanteras pembiayaan aktiviti keganasan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) memahami kebimbangan disuarakan Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
"Pagi tadi, Brian Nelson (Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS bagi Keganasan dan Risikan Kewangan) dan delegasinya menemui saya dan juga pasukan KDN. Perkara itu (pembiayaan keganasan) dibentangkan.
"Mereka bertanyakan tentang komitmen kita terhadap usaha membanteras pembiayaan keganasan. Kita sebut dari sudut komitmen serantau di peringkat ASEAN ataupun di peringkat global atau di polisi di peringkat KDN sekalipun (tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas)," katanya.
Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Sambutan Aidilfitri Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini hari ini.
Beliau berkata wakil AS itu juga dimaklumkan bahawa Malaysia mempunyai pelan strategik yang sangat jelas dalam menangani kegiatan pembiayaan dan penggubahan wang haram.
"Dasar dan strategi yang digariskan kita (KDN) selaras dengan ketetapan global baik di peringkat Basel II atau Basel III (Perangkaan bebas indeks risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas). Mereka (AS) jelas tentang perkara itu dan mereka menghargai usaha yang kita buat," katanya.
Saifuddin Nasution berkata pada pertemuan itu Nelson turut menyuarakan berkenaan dakwaan pembabitan pertubuhan, individu dan syarikat di negara ini dalam aktiviti pembiayaan keganasan.
"Apa yang mereka bentangkan kepada kita berdasarkan kepada maklumat sepihak yang mereka ada, yang memerlukan beberapa proses verifikasi di peringkat kita.
"Kita tegaskan bahawa polisi Malaysia hanya mengiktiraf sekatan yang dikemukakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bukan sekatan oleh satu-satu negara dan delegasi AS menghormati pendirian kita," katanya.
Beliau berkata Malaysia sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan AS bagi membanteras isu pembiayaan keganasan dan perkara tersebut harus bersifat menyeluruh serta tidak boleh menjadi usaha sepihak sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Saifuddin berkata, KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini. - Gambar fail
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya.
Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar
Anwar gembira kerana rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese mengambil keputusan itu, berikutan keadaan yang semakin meruncing di Gaza.
Sweden sambung salur dana kepada UNRWA
PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Semenajung Gaza kini di ambang kebuluran.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Dokumen Israel punca beberapa negara henti dana kepada UNRWA
Dokumen Israel itu menuduh beberapa kakitangan UNRWA mengambil bahagian dalam penculikan dan pembunuhan semasa serangan Hamas.
PM Palestin desak penggantungan dana kepada UNRWA ditarik semula
Keputusan tersebut disifatkan berlaku pada waktu sukar dan seolah-olah menyokong misi Israel untuk mengusir penduduk Palestin secara paksa.
Isu Aman Palestin: SPRM siasat transaksi mencurigakan, syarikat
Pegawai penyiasat mengesan wujudnya perkara-perkara yang mencurigakan yang memerlukan penelitian mendalam.
Dakwa seleweng dana: Shamsul Iskandar buat laporan polis terhadap Chegubard
Shamsul Iskandar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai fitnah serta usaha mendapatkan publisiti murahan.